Forever In Love **Forever In Love**: .....Fahami Lelaki.....

Wednesday 12 December 2012

.....Fahami Lelaki.....



Assalammualaikum..
(=^_^=)v

Alhamdulillah  syukur pada Allah,vina dapat juga ruang dan masa untuk update blog ni..vina memang dari pagi tadi niat nak update blog nak teruskan share apa content yang vina dapat dari ceramah mahligai kasih yang lepas...

ok..post yang lepas vina ada beri point2 sikit tentang lelaki dan wanita...jadi vina nak huraikan sikit point mengenai lelaki pada post kali ni ye... =)



Allah telah cipta lelaki ni memang untuk menjadi ketua..antaranya ialah ketua keluarga...oleh itu,setiap lelaki itu Allah telah programkan dalam diri mereka software ataupun character seorang ketua...Lelaki ni...mereka suka mengawal.oleh itu,seorang isteri itu wajib mematuhi suaminya..Allah juga telah cipta hawa itu ataupun wanita seorang yang suka taat pada orang yang dia cinta.. =)

lelaki dan wanita ni saling melengkapi antara satu sama lain...lelaki dan wanita tak akan sama....point kedua pula ialah lelaki suka dipuji...lelaki mereka suka rasa diri mereka hebat terutama sekali di depan kekasih mereka...mereka mempunyai ego yang tinggi jika isteri mereka lebih hebat daripada mereka...jadi..bagi wanita yang memang hebat dari suami mereka tu...hehe..janganlah tunjuk sangat yang anda tu hebat...haha...sebaiknya anda perbanyakkan kata yang suami anda tu hebat..pujilah mereka...contohnya..

"sayang bangga sangat dengan abang"...
"nasib baik abang ada..kalau x,entah apa jadi kat sayang"..

*nak puji tu tengok la keadaannya..jangan nampak sangat anda tu buat2...hahaha




seterusnya lelaki ni memang seorang yang boleh dikatakan panas baran...majoriti la...tapi mereka penyabar jugak...paling lelaki tak tahan ialah suara bayi menangis..haha...tengok la..nanti mesti lelaki jadi nak marah...oleh itu,wanita pun janganlah sengaja pergi api2 suami anda...cuba jugak memahami mereka...dan gunakan kuasa "charming" anda tu untuk lembutkan hati mereka...sentiasa berlembut dengan mereka..manja...paling penting JANGAN MENJAWAB!..kalau x setuju apa2..cuba cakap dengan lembut...contohnya..

"abang..apa yang abang cakap tu ada betulnya..tapi......."

lelaki ini memang suka berlawan..memang boleh nampak pun kan masa mereka kecik macam mana...asyik bergaduh je..haha...but thats normal laa...Allah telah cipta mereka yang bersifat seorang perlindung...pejuang...pemimpin...dan sebagainyalah...

perkara penting yang wanita harus tau ialah, apa yang di perlukan oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Yang pertama mereka ingin di hormati...taat pada setiap arahan mereka selagi tidak bertentangan dengan agama..

yang ke dua...mereka ingin rasa diperlukan...tunjukkan wahai wanita yang anda memang sangat memerlukan mereka..kenyataannya...wanita tidak akan rasa selamat tanpa suami di sisi mereka..

yang terakhir...mereka ingin dipenuhi..mereka akan rasa kosong jika tidak ada wanita yang berada di hati mereka..mereka perlukan wanita untuk menyayangi mereka dan untuk di sayangi...sekuat mana pun seorang lelaki..mereka akan lemah jua pada wanita...TAPI wanita pun jangan la ambil kesempatan dah tau tu kelemahan mereka ye...hehe..

jadi setakat ni je vina dapat huraikan mengenai lelaki ni...kalau nak hurai banyak pun x larat jugak sahabat2 nak membaca kan?? hehe...



baiklah di post akan datang InsyaAllah vina akan huraikan dengan lebih lanjut mengenai wanita pula ye =)
sekian saja Assalammualaikum..Terima Kasih =)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 000 pengomen tersayang:

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen