Forever In Love **Forever In Love**: January 2013

Friday 25 January 2013

::Muslimah yang Ingin Berhijrah::




Assalammualaikum w.b.t...

Alhamdulillah Allah masih beri ana peluang untuk hidup di muka bumi ini.Oleh itu,ana ingin mengambil kesempatan ini untuk terus share macam2 ilmu InsyaAllah yang boleh korang amalkan =)

hari ni ana nak cakap tentang hijrah..ana pilih topik ni sebab ana tahu yang ramai muslimah kat luar sana yang ingin berubah tetapi mereka tidak ada sumber kekuatan...and maybe mereka tak tahu macam mana nak mengorak langkah pertama untuk berhijrah..so...ana rasa ana mulakan dari penampilan dulu lah.. =D

kalau nak berubah kita mula dengan pakai sarung kaki dan sarung lengan dulu ..tangan dan kaki itu aurat ye  sayang,jadi tutuplah ye..kemudian bagi yang pakai tudung bidang 45 tu korang tukar pakai bidang  50 pulak.memang akan makan masa tapi ini cara untuk tolong korang berhijrah tanpa orang sedari atau secara mengejut =)



pakaian pulak..mula la dulu pakai t-shirt2 labuh dari punggung.seluar jeans boleh tapi jangan la beli yang ikut shape atau terlalu ketat..beli yang lelaki punya.haa.. =)

lama2 korang pakai tudung bidang 50 dan 60 secara gilir2..then sampai satu tahap korang rasa dah bersedia,pakaila terus tudung bidang 60..pkai baju kurung and jubah...actually pakai jubah lagi senang dari pakai baju kurung =) ikut pengalaman ana la...

kan lebih indah begini =)

ana mulakan dari pemakaian kerana pemakaian yang akan effect kepada perangai kita,identiti kita dan sebagainya.memang tidak mudah untuk korang berubah kalau korang terlalu mendengar kata2 orang yang ingin menjatuhkan korang..tetapi kalau korang ingin berhijrah kerana Allah...InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan =)

kalau korang terdetik untuk berhijrah,sebenarnya korang dah dapat hidayah dari Allah..itu bermakna Allah sayangkan korang dan memerhatikan korang.jadi bersyukurlah..kalau nak bimbingan dari ana silakan Add je FB ana dan mesej ana..insyaAllah..ana akan bantu..jangan malu jangan segan,kita ingin buat kebaikan sekarang ni hanya untuk mendapat rahmat dan Redha Allah.. =)

sekian saja Assalammualaikum

oopss..x jelas sangat la..pakai kanta la..huhu =)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen