Forever In Love **Forever In Love**: 2012

Wednesday 26 December 2012

:: wanita menangis::


Assalammualaikum...salam soreh..
hahaha (=^_^=)v

walaaweh...rasa bosan bebenor sekarang...ana balik rumah ni...kuliah tak mula lagi jadi kita horey2 dulu hehe..kali ni nak santai sikit la..sikit sebanyak nak share dengan teman-teman semua tentang psikologi..so..
topik pada hari ini ialah..WANITA MENANGIS !!




bro & sis..perempuan ni memang la suka sangat menangis...tapi di setiap tangisan wanita tu...ada rahsianya...cewahh...haha...terdapat 5 jenis tangisan berkualiti
  • tangisan semasa bertaubat
  • semasa bermunaat kepada Allah
  • mengenangkan Rasullullah S.A.W
  • bersyukur
  • bahagia
sebenarnya,kandungan air mata apabila wanita menangis kerana takut,sedih,gembira dan lain-lain adalah berbeza..contohnya...apabila  wanita itu stress..kimia negatif akan terbentuk..jadi..Allah menjadikan wanita mudah menangis agar ia boleh membersihkan kimia dari mata..
 !! PUNCA MENANGIS !!
  • mencuci mata
  • mengurangkan stress
  • emosi yang teruja
  • tanda keinsafan dan penyesalan
  • sebagai ugutan emosi
  • lelaki atau suami meninggikan suara
  • orang seni (mudah terasa)

 kalau kita lihat,,apabila seseorang wanita itu menangis..ia akan memberi kesan atau impak kepada orang lain..sama ada orang lain akan turut bersedih ataupun menjadi tidak tentu arah.. HAHA..
ok..antara kesannya ialah:

  • dapat perhatian
  • suasana rumahtangga tergugat
  • lelaki jadi bingung
  • orang lain dapat mesej
  • mata bersih dan sihat
:: dunia akan terhenti sebentar apabila wanita menangis ::

expecially kepada lelaki yang mempunyai teman hidup yang suka menangis..vina ada sikit cara mengatasi masalah anda sekalian...haha..sebenarnya..tangisan wanita ini adalah satu suara yang minta untuk dibelai,dikasihi oleh seseorang..maybe kasih dari suami,abang mahupun ayah =)

bagi yang sudah berkahwin...apabila isteri anda menangis..peluk dan pujuklah...bila suami memeluk isteri,isteri akan berasa tenang,lega dan disayangi...



ketiga...TUKAR LOKASI..apabila isteri anda manangis di dapur...bawa la isteri anda tu ke tempat lain contohnya : jika isteri menangis di dapur,bawaalah isteri ke ruang tamu.ini boleh menenangkan kembali fikiran isteri =)

keempat, berikan rasuah cinta...ewah! tahu rasuah cinta? maksudnya berilah hadiah kepada isteri anda...ataupun buat la lawak bodoh...kalau isteri anda tengah sedih anda buat lawak bodoh..kompem isteri anda gelak...*hehe ikut pengalaman sendiri jugak la....

haa,,,yang ni serius sikit...jika wanita menangis tanpa sebab munasabah,rujuklah kepada pakar ye...kemungkinan wanita itu mempunyai masalah yang tidak boleh di ceritakan...atau trauma..apa-apa ja la kan..wallahhualam..

terakhir sekali...apa lagi..berdoa la ye..bagi isteri,adik,anak,mak,kakak sapa je la...supaya tak kuat menangis..HAHA..ingat ye sahabat...tiada kuasa yang lebih hebat dari kuasa Allah..minta bantuan dari Allah seikhlas hati...InsyaAllah..Allah makbulkan doa anda =)

sekian..Assalammualaikum =)











Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday 20 December 2012

...Kami buddyz IKRAM tak kan terpisah..muahaha...



Assalammualaikum... 
(=^_^=)v

hari ni sangat membosankan...tapi im so excited sebab sabtu ni dah nak balik taiping,Perak...my hometown =D
esok tak ada kelas pagi..jadi vina relax2 la malam ni..so terasa nak update bloggy vina ni..
ok post kali ni vina bukan nak post ttg MAHLIGAI KASIH.. but vina nak cerita sikit la aktiviti yang vina baru lakukan pada minggu lepas...program MABIT...bawah anjuran IKRAM... =)

best jugak programnya walaupun vina datang lambat sebab ada mesyuarat AGM blok kolej vina. =)
so inilah serba sikit gambar yang vina dapat ambil =)

gambar ni masa sambut birthday beberapa ahli group IKRAM..
                              
hoo...that secret recipies cake...membuatkan vina terliur...hoho

haa...tu my kak sofiah..kakk naqibah usrah vina =D

wah...ini antara sahabat akrab ku di UITM...mereka posing seperti tunjuk bintang di langit..haha
(ni pagi mana ad bintang..burung maybe =P)

tengok ni...kami belajar makan sama2 dalam talam...ni pada malam tu kami makan
kek.. 

ini pulak keesokkan harinya..kami makan sarapan nasi lemak..sekali lagi bersama..
so sweet..kenangan manis..
yeahh...ni kolam UTP..kami bersuka ria kat sini la lepas sarapan 
(ofcoz ler mandi hehehe)

setelah kami bermandi manda..bermain..kami dengar sedikit tazkirah
dari kakak2.. 

yang tudung coklat tu vina la..haha..selekeh..maklumlah nak tido pon nak bergambar lagi..dan tu pulak my bestie huda.. =)

ok sebelum vina tamatkan bebelan vina ni..vina nak cerita sikit la..kami makan dalam talam atau dulang sebenarnya bukan sebab tak cukup pinggan ye..haha..tapi itu cara kami merapatkan hubungan silaturrahim antara kami ahli group IKRAM..IKRAM ini pulak adalah kumpulan yang menjalankan dakwah islam untuk pelajar universiti..kolej..dan sebagainyalah...IKRAM ni ada di merata tempat..so kalau korang nak join tersangatlah di galakkan...

sekian saja..terima kasih sudi membaca...Assalammualaikum =)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday 12 December 2012

.....Fahami Lelaki.....



Assalammualaikum..
(=^_^=)v

Alhamdulillah  syukur pada Allah,vina dapat juga ruang dan masa untuk update blog ni..vina memang dari pagi tadi niat nak update blog nak teruskan share apa content yang vina dapat dari ceramah mahligai kasih yang lepas...

ok..post yang lepas vina ada beri point2 sikit tentang lelaki dan wanita...jadi vina nak huraikan sikit point mengenai lelaki pada post kali ni ye... =)



Allah telah cipta lelaki ni memang untuk menjadi ketua..antaranya ialah ketua keluarga...oleh itu,setiap lelaki itu Allah telah programkan dalam diri mereka software ataupun character seorang ketua...Lelaki ni...mereka suka mengawal.oleh itu,seorang isteri itu wajib mematuhi suaminya..Allah juga telah cipta hawa itu ataupun wanita seorang yang suka taat pada orang yang dia cinta.. =)

lelaki dan wanita ni saling melengkapi antara satu sama lain...lelaki dan wanita tak akan sama....point kedua pula ialah lelaki suka dipuji...lelaki mereka suka rasa diri mereka hebat terutama sekali di depan kekasih mereka...mereka mempunyai ego yang tinggi jika isteri mereka lebih hebat daripada mereka...jadi..bagi wanita yang memang hebat dari suami mereka tu...hehe..janganlah tunjuk sangat yang anda tu hebat...haha...sebaiknya anda perbanyakkan kata yang suami anda tu hebat..pujilah mereka...contohnya..

"sayang bangga sangat dengan abang"...
"nasib baik abang ada..kalau x,entah apa jadi kat sayang"..

*nak puji tu tengok la keadaannya..jangan nampak sangat anda tu buat2...hahaha




seterusnya lelaki ni memang seorang yang boleh dikatakan panas baran...majoriti la...tapi mereka penyabar jugak...paling lelaki tak tahan ialah suara bayi menangis..haha...tengok la..nanti mesti lelaki jadi nak marah...oleh itu,wanita pun janganlah sengaja pergi api2 suami anda...cuba jugak memahami mereka...dan gunakan kuasa "charming" anda tu untuk lembutkan hati mereka...sentiasa berlembut dengan mereka..manja...paling penting JANGAN MENJAWAB!..kalau x setuju apa2..cuba cakap dengan lembut...contohnya..

"abang..apa yang abang cakap tu ada betulnya..tapi......."

lelaki ini memang suka berlawan..memang boleh nampak pun kan masa mereka kecik macam mana...asyik bergaduh je..haha...but thats normal laa...Allah telah cipta mereka yang bersifat seorang perlindung...pejuang...pemimpin...dan sebagainyalah...

perkara penting yang wanita harus tau ialah, apa yang di perlukan oleh seorang lelaki yang bergelar suami..Yang pertama mereka ingin di hormati...taat pada setiap arahan mereka selagi tidak bertentangan dengan agama..

yang ke dua...mereka ingin rasa diperlukan...tunjukkan wahai wanita yang anda memang sangat memerlukan mereka..kenyataannya...wanita tidak akan rasa selamat tanpa suami di sisi mereka..

yang terakhir...mereka ingin dipenuhi..mereka akan rasa kosong jika tidak ada wanita yang berada di hati mereka..mereka perlukan wanita untuk menyayangi mereka dan untuk di sayangi...sekuat mana pun seorang lelaki..mereka akan lemah jua pada wanita...TAPI wanita pun jangan la ambil kesempatan dah tau tu kelemahan mereka ye...hehe..

jadi setakat ni je vina dapat huraikan mengenai lelaki ni...kalau nak hurai banyak pun x larat jugak sahabat2 nak membaca kan?? hehe...



baiklah di post akan datang InsyaAllah vina akan huraikan dengan lebih lanjut mengenai wanita pula ye =)
sekian saja Assalammualaikum..Terima Kasih =)



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday 10 December 2012

.....Saidan dan Qonitatun....



Assalammualaikum..
(=^_^=)v

yaloha...memey sangat penat sangat kepala otak ni...tapi usaha jugak nak online...entah kenapa...maybe sebab hati suruh update blog..haha...

ni nak citer sikit..semalam vina pergi macam ceramahlah...tentang rumahtangga...tajuknya Mahligai Kasih..memang best sangat penceramah dia pun sangat best...kalau boleh memang vina nak share content ceramah tu dengan korang..but vina x boleh nak bagi sekali gus!! sebabnya bukan x nak..tapi x larat den nak menaip semua sekali.haha...vina pun ada kelas lagi petang ni...so...vina beri sikit2 la eh??

semua content ni sesuai sangat untuk kita2 yang single ni..cewah..i mean x kahwin lagi la..so...korang boleh la bersedia dengan lebih awal...

ok...sekarang vina bagi muqadimah dia dulu ye..ehem3..

first..ofcoz bila kita nak ada hubungan yang special ni...kita kena atau lebih sesuai dikatakan WAJIB untuk memahami antara satu sama lain..tetapi sememangnya untuk memahami ni sangat laaaaa...susah...sebab ada orang yang suka pendam...ada yang terlampau jujur sampai menyakitkan hati...hish kalau nak senaraikan semua perangai manusia ni memang x cukup la satu post..haha..

so for today...vina just bagi sikit dulu mengenai lelaki dan perempuan...iaitu  sikap asas lelaki dan wanita yang kita WAJIB tahu yee..

LELAKI KETUA (SAIDAN)
  1. suka jadi ketua
  2. suka kawal
  3. suka dipuji hebat
  4. panas baran
  5. suka lawan
KEPERLUAN LELAKI
  1. ingin di hormati
  2. ingin rasa di perlukan
  3. ingin dipenuhi
WANITA TAAT (QONITATUN)
  1. suka taat
  2. suka sembang
  3. suka dibelai
  4. suka dipuji lawa
  5. empati
  6. suka lawa
KEPERLUAN WANITA
  1. ingin dibelai
  2. komunikasi jujur
  3. komitmen bina keluarga
ok...sahabat2 yang diRahmati Allah sekalian..untuk post kali ni..vina bagi yang ini dulu..next post InsyaAllah vina akan terangkan dengan lebih lanjut tentang point2 yang telah vina berikan di atas =)
sekian...Asslammualaikum =)

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday 9 December 2012

Hidup selepas mati...



Assalammualaikum w.b.t. 
(=^_^=)v

huuaahh...banyak sangat vina buang masa hari ni..hehe...sememangnya buang masa untuk blog ni..haha
tajuk macam apa je an...pada hal ini hanya tentang diri vina....tak ada sapa pun yang mati...tapi hatiku agak mati...hmm...

sebulan yang lalu hati vina di hancurkan oleh lelaki yang vina sangat2 sayang...masuk hari ni memang cukup sebulan...hati vina memang mati...rasa tawar je,,,nak kata benci tak..nak kata sayang pun tak..semuanya rasa biasa je...entah kenapa...

but now Alhamdulillah la hati vina dah makin pulih...hidup pun tak ada apa masalah..masalah biasa tu  dah lumrah hiduplah..tapi ok la...x ada la serabut kepala otak ni haa,,,

juz to celebrate my new life...vina pun ubah sikit blog ni..dengan skin yang baru...but juz simple...entry ni pun juz simple...pengisian dia nanti bila free vina update la...esok agak sibuk...InsyaAllah vina cari jugak masanya...

sekian saja... Assalammualaikum

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Lyssa Faizureen